gila..tiga suku..kurang siuman
mereka mengejek aku lagi
kata mereka aku sasau
kata mereka aku dah parah
berangan nak menggapai bintang di langit
aku mau lastik bintang
dan simpan kejap kejap dalam hati
bila aku petik jari dia menyala
terang..cahaya yang hebat..aku terpesona..
dari jauh bintang itu cantik semua orang puja
tapi bila bintang dekat semua orang takut
kecut..kata mereka bintang itu besar..terlalu besar
cahayanya terlalu terang..boleh buta..
tapi bintang jangan khuatir aku lain aku unik
aku puja kau di sana..aku cinta kau di sini
aku puji diri sendiri lagi
argghh, persetankanlah apa orang kata aku peduli apa
bila dekat bintang besar
aku pinjam tali untuk peluk kau
dan macam mana pun aku harap kau tenang dalam pelukanku
kalau terang aku pakai spek hitam arwah tok wan tengok kau
macam mana pun mesti kau dihargai bila ada orang tenung mata kau dalam dalam..sekarang kau percaya aku lain kan bintang??
aku akan berada dengan kau walau apa jua keadaannya
bila bintang terang aku ghairah, tapi bila bintang hilang aku gelisah
biar aku gila pada mereka..biar kalian panggil aku tiga suku
biar orang kata aku buta rasa
tapi bintang cukup kau beri aku cahaya
aku kurang siuman hanya pada zahir tapi batinku tidak pernah cacat untuk setia.
**aku merepek, tapi kau merana membacanya.ini semua kerana ada sesuatu yang kau takkan faham di sebalik kaca mata~~ eL











0 comments:
Post a Comment