Wednesday, May 25, 2011

- yang pergi -


usah dinanti yang telah pergi
apa diharap lagi pada impian yang dikhianati
orak langkah sendiri  tetapkan destinasi
utamakan diri dari terlena bersama mimpi ngeri

usah dirayu pada yang telah pergi
apa diharap lagi pada janji yang dimungkiri
yakini hati pasti ada yang menanti
jadi pengganti sesudah tragedi.

usah dimimpikan yang telah pergi
apa diharap lagi pada mimpi yang tak pasti
kutip sisa-sia hati yang dihancuri
jadikan mercu tanda keyakinan diri.

usah ditangisi yang telah pergi
apa diharap lagi pada kasih yang menyepi
hidup sendiri bukan untuk diratapi
bangkit kembali menyinari peribadi.

usah dijejaki yang telah pergi
apa diharap lagi pada insan yang menyakiti     
hati dan perasaan bukan untuk digurisi
hati dan perasaan perlu dijagai.


* tanamkan dalam jiwa. kengkawan 
sentiasa ada disisi anda semua.

Tuesday, May 24, 2011

- bintang -


bintangku..
ceriteraku bermula disini
tiba-tiba ia ada
kemudian ia hadir
mencuri pandangan
menduga naluri

bintangku...
berlindung disebalik bait
puraan yang nyata
bagai tiada jiwa
namun ada kasih disitu

bintangku...
perjalanan waktu yang meniti
bagai tidak terasa lamanya
berlari bersama angin
menuai kisah yang tertulis
menanti waktu yang menanti

bintangku...
keluh kesah bermula
malam yang terisi
pagi yang bersemi
dinihari yang indah
membawaku ku kesana
terkunci langkah kaki
terkunci bibir santun kata

bintangku..
hari yang sempurna
janji terikat
namun kisah itu
bertukar kelam
guruh bertaut menjawab nista
kasih terbelah di sambut petir
kudus diri menyembah bumi

bintangku...
ku cuba menunduk langit
merendah hati
memujuk kasih
merintih pedih
namun
ia tidak lagi bertaut
tidak lagi bersambut

bintangku...
ternyata, ku dibiarkan
ku ditinggalkan..sepi menyendiri
kasihku usai sudah

bintangku...
kau tahu bukan
betapa dalam kasihku
betapa kuat rinduku
betapa lemah diriku

bintangku...
kau tahu bukan
mutiara itu tidak terbendung lagi
mengalir pedih sendirian
sepedih kasihku

bintangku...
kuatkan hatiku
mencari arah seluas lautan
nan pergi menjauh
mencurah tersirat
bermukah di hati

bintangku...
ternyata hatiku makin kelam
jiwaku semakin pudar
kasihku semakin suram
hatiku membungkam nista
dan ternyata
tarikat itu terhenti jua
berkubur bersama kasih itu..

Sunday, May 22, 2011

- just keep walking -

 
keep walking..
even don't stop longer at the destination..
because the next destination can't wait long..
just keep walking..
don't stop in the bad times.. 
because the bad times comes and go..
just keep walking and show them you really have something to show.. 
show your strength to weak moments to teach them how to be strong.. 
and learn from the stars how to shine.. 
no matter hows the weather, summer , autumn , winter or snow.. 
just keep walking.. 
walk ahead.. 

Saturday, May 21, 2011

- rindu -


saat kutapaki jalan itu 
seakan kusedari ada dirimu
berjalan disampingku

saat kutatapi langit biru
ku bayangkan angan dan mimpiku
untuk selalu bertemu denganmu

saat ku dengar sebuah lagu
ku inginkan nada dan iramamu
kau dendangkan hanya untuku

saat kumasuki kamar tidur malamku
ku mimpikan kau dan aku menyatu
lalu ku ingin katakan
kasih. aku rindu kamu.


- gurindam hati -


penaku menari mencoretkan. sebuah puisi kedukaan.
gurindam jiwa rindu dan airmata.
di kamar hati ini masih ada sembunyi.
kenangan yang tak mampu ku lemparkan jauh.
penaku menari melakarkan
gambar kesayuan masa silam
tinta bersulam sendu. warna kerinduan
berkaca jernih ingatanku.
biarpun dikau telah jauh dari pandanganku.
manisnya pertemuan pahitnya perpisahan.
segala kini tidak dapat untukku bahasakan.
semua kini kaku. tiada lagu merdu.
setiap madah baris kata bukannya lagi buatmu.
kini berteman sepi. kini aku sendiri.
suka dan duka dalam meniti gelombang.
kembara panjang. jauh melangkah pergi
tidak menoleh lagi. kenangan silamku.
tinggal tertulis kini dalam sebuah puisi.
penaku menari membariskanp
puisi sebuah pengalaman bersama sahabat sejati
coretan rindu di kamar sepi ini
titisan membasahi pipi
dan aku tidak tahu
sampai bila ku harus begini
wahai kekasih hati. tolong bawa aku lari
dari semua ini....

Wednesday, May 18, 2011

- .... -


SCHA WINDU ARIEN! SCHA WINDU ARIEN! SCHA WINDU ARIEN!
SCHA WINDU ARIEN! SCHA WINDU ARIEN! SCHA WINDU ARIEN!
SCHA WINDU ARIEN! SCHA WINDU ARIEN! SCHA WINDU ARIEN!
SCHA WINDU ARIEN! SCHA WINDU ARIEN! SCHA WINDU ARIEN!
SCHA WINDU ARIEN! SCHA WINDU ARIEN! SCHA WINDU ARIEN!
SCHA WINDU ARIEN! SCHA WINDU ARIEN! SCHA WINDU ARIEN!
SCHA WINDU ARIEN! SCHA WINDU ARIEN! SCHA WINDU ARIEN!
SCHA WINDU ARIEN! SCHA WINDU ARIEN! SCHA WINDU ARIEN!
SCHA WINDU ARIEN! SCHA WINDU ARIEN! SCHA WINDU ARIEN!
SCHA WINDU ARIEN! SCHA WINDU ARIEN! SCHA WINDU ARIEN!
SCHA WINDU ARIEN! SCHA WINDU ARIEN! SCHA WINDU ARIEN!
SCHA WINDU ARIEN! SCHA WINDU ARIEN! SCHA WINDU ARIEN!
SCHA WINDU ARIEN! SCHA WINDU ARIEN! SCHA WINDU ARIEN!
SCHA WINDU ARIEN! SCHA WINDU ARIEN! SCHA WINDU ARIEN!
SCHA WINDU ARIEN! SCHA WINDU ARIEN! SCHA WINDU ARIEN!
SCHA WINDU ARIEN! SCHA WINDU ARIEN! SCHA WINDU ARIEN!
SCHA WINDU ARIEN! SCHA WINDU ARIEN! SCHA WINDU ARIEN!
SCHA WINDU ARIEN! SCHA WINDU ARIEN! SCHA WINDU ARIEN!
SCHA WINDU ARIEN! SCHA WINDU ARIEN! SCHA WINDU ARIEN!
SCHA WINDU ARIEN! SCHA WINDU ARIEN! SCHA WINDU ARIEN!
SCHA WINDU ARIEN! SCHA WINDU ARIEN! SCHA WINDU ARIEN!
SCHA WINDU ARIEN! SCHA WINDU ARIEN! SCHA WINDU ARIEN!
SCHA WINDU ARIEN! SCHA WINDU ARIEN! SCHA WINDU ARIEN!
SCHA WINDU ARIEN! SCHA WINDU ARIEN! SCHA WINDU ARIEN!
SCHA WINDU ARIEN! SCHA WINDU ARIEN! SCHA WINDU ARIEN!
SCHA WINDU ARIEN! SCHA WINDU ARIEN! SCHA WINDU ARIEN!
SCHA WINDU ARIEN! SCHA WINDU ARIEN! SCHA WINDU ARIEN!
SCHA WINDU ARIEN! SCHA WINDU ARIEN! SCHA WINDU ARIEN!
SCHA WINDU ARIEN! SCHA WINDU ARIEN! SCHA WINDU ARIEN!
SCHA WINDU ARIEN! SCHA WINDU ARIEN! SCHA WINDU ARIEN!


 
 
 
 
 

Monday, May 16, 2011

- untukmu eLaRien -


kala dirimu perlukan sandaran
sandarkanlah pada sisiku
kan ku tenangkan dirimu dengan damaiku
kala dirimu perlukan teman bersendirian
genggamilah jari jemariku
kan ku ada disamping menemani mu
kala dirimu perlukan senyuman
datanglah padaku
kan kuberikan senyuman terindah buatmu
mungkin saat dan tika dirimu terjatuh
kau rasa kau tiada siapa siapa
namun tanpa kau sedari
akulah bayang bayang yang selalu ada disisimu
kan ku berikan dirimu kekuatan
bangkitlah sayang
bangunlah sayang
jangan menyerah pada liku liku kehidupan ini.

Sunday, May 8, 2011

- sekadar picisan -


separuh jiwaku telah tiada
memang semua indah dimata
tapi pengakhirannya duka dijiwa
bukan kerana faktor cinta menjadi tajuk utama
tapi kerana keakraban persahabatan kami berdua

mungkin kini baru aku fahami
kenapa si jelita itu selalu menangis seorang sendiri
sebenar benarnya
nilai persahabatan yang dia cari
dan bila terkenangkan orang yang kita rindui
terlalu sakit untuk diingati

kini aku lalui perasaan itu
tiap tiap malam menangis menahan sendu
setelah dia pergi terlalu jauh dari ku
tiada lagi senda tawa manja seperti selalu
hanya kenangan bersama yang mengusik kalbu

kini aku diperhati
semakin hari sang kekaseh, bilang aku semakin jauh kan diri
aku bukan aku yang dulu lagi
separuh semangat aku si dia dah bawa pergi
memang benar aku akui
aku tewas dengan semua ini
terlalu mengikut hati, jiwa melayang pergi

kami berdua terlalu rapat bersama
segala apa dikongsi semua
tiada lagi apa apa rahsia
dia tempat aku meluah segala rasa
digelar kembar mengada ngada
bukan ini sekadar cerita
hanya kami berdua faham segala galanya
walaupun kami jauh dimata
hati kami tetap dekat terpaut mesra

semua itu tiada lagi
dia telah ada penghidupan baru yang lebih warna warni
sang kekaseh yang memerhati tunduk lesu seorang diri
memikirkan apa yang harus dibuat selepas ini
bagi mengembalikan hati yang dibawa pergi

maafkan aku. maafkan aku
aku tak berniat nak membuat hidup kau haru biru
memang aku perlu bangkit dengan semangat baru
untuk mempersiapkan apa jua yang datang dihadapan ku
kau harus bantu aku
jangan tinggal aku disaat aku membutuhkan mu
sambutlah tanganku. bawa aku ke alam baru
tinggal kan semua kisah lalu
dan pahatkan ceritera si dia dalam anganku.





Friday, May 6, 2011

- cinta si ngokngek -


talian disana seakan sunyi
dia dan dia masing masing sepi
sesekali terdengar keluh kesah sendiri
mereka saling memarahi diri

ada cinta ada rindu
tapi mulut ketat nak mengaku
ego atau korang ni malu
dah laa. buang la perasaan tu
pergilaa cepat mengaku
kang dia pulak merajuk berbatu batu

kisah itu aku suka
masing masing nak manja
tapi cam tak kena cara
haha.. mereka dah tua
sedar la sikit. usia dah menginjak senjaa
ahh. dia peduli apa
cinta dia sampai akhir usia

dia dah lama tak jumpa
sebab tu buat perangai ntah apa apa
keluar seme cerita lama
pasal lappy uat hal pun jadi tajuk cerita
tu la penangan cinta
mende kecik nampak besar saja

satu jam sudah berlalu
masing masing masih lagi kaku
tau tak rugi buat perangai lagu tu
dah kena savers balik. kopak lagi wit lu

telefon. telefon berbunyi lagi
dia tersengih sampai nampak gigi
perkataan pertama. awak sori
ahh. sudah terbiasa begini
terus cair dan tersenyum sendiri

......59 minit telah berlalu
haish. kenapa cepat sangat sayangku
haha. dah laaa jum tido dulu
nanti cam cam hal dia nak merapu
selamatt aku.. daa . dii. duu.


Wednesday, May 4, 2011

- epilog -


sesekali tangisan dia kendengaran
tak sangka begini akhirnya penceritaan
kisah dia dan dia jadi tatapan
semuanya kini tinggal kenangan

dia ku kenal agak lama
setahun kami di alam maya
kami jadi rapat sama sama
saling sayang saling percaya
tiba tiba dia berubah perilakunya
terjebak juga dalam kancah hina

aku tidak menyalahkan sesiapa
hanya mereka bisa menjawabnya
aku sentiasa ada untuk dia dan dia
 bagi melemparkan kisah suka dan duka

tetapi aku kekadang dicop sukar fahami
mungkin kalian kurang mengerti
aku fahami. tapi aku mahu kalian sendiri mengenali hati budi
bukan mudah bercinta sebegini
sudah ku bilang ia penuh onak dan duri

dia dan dia terus sahaja melewati
hari hari berkasih dalam keadaan misteri
aku bahagia kalian begini
hanya dari jauh aku perhati
oh. indahnya dua merpati
terbang bersama di alam fantasi

tapi lepas satu satu yang dilalui
ada sahaja yang mereka kelahi
si jelita asyik menangis sendiri
sang teruna pulak terus ego makin meninggi
hanya tuding sesama sendiri
akhirnya kata putus yang mereka beri

sedikit pesanan dari sahabat mu ini
kata kata sebagai pengganti diri
kalian amat aku sayangi
aku tak pernah berpihak pada seorang diri
dua dua aku akan cuba fahami

jadilah semua ini pengajaran
berlajarlah dari kesilapan
aku juga tidaklah terlalu kedepan
ada lagi yang perlu aku perbanyakkan
mari kita sama sama bergandingan
 sama seperti dahulu berada dalam kegembiraan.


*maaf



Sunday, May 1, 2011

- RieSchaeL -


 

 
 
 

wahai sang bulan. tolonglah. potretkan wajahku.
supaya temanku bisa melihatku.
supaya dia tidak penah lupa wajahku.
tolonglah sinarkan malamnya dengan cahayamu.
wahai angin malam. tolong sampaikan rinduku padanya.
tolong sampaikan salamku. pada temanku.
wahai bintang. tolong gembirakan hatinya
ketika dia berduka dengan kelipanmu yang indah.
Ya Tuhanku, tolonglah hambamu ini.
berilah kesejahteraan dirinya. kesihatan yang baik.
dan sesungguhnya. hambamu ini sangat merindui dia.
kuharap sampaikanlah kasih dan doaku kepadanya.
 
 
 

- serangan jiwa -


di bilik gelap dia bersendirian
berbekalkan lilin hanya ditangan
sesekali dia menyingsing lengan
ingin saja dia melepaskan tumbukan
tetap kepada 'sasaran'

itu serangan jiwa
marah betul dia sebenarnya
ditinggal kan sebegitu rupa
tanpa ada perkhabaran apa apa
selama ni hubungan mereka
hanyalah dusta semata mata.

dari jauh dia perhati
apa sebenarnya yang mereka ingini
gelagat dua merpati sejoli
yang tak sedar diri
kini dia yang sembunyi
dibalik peristiwa ni
diam. sepi
hanya menunggu masa
untuk mempersiapkan diri

jika dia mengikut nafsu
mahu saja mereka itu
ditembak satu persatu
biar semua orang tahu
mereka itu patut diperlukan begitu

hanya tunggu masa dan ketika
pembalasan pasti tiba
akan terungkap semua ceritera
kisah betul betul lupa atau sengaja direka cerita
akibat dari ini semua
dia menanggung sengsara
kerana tiket cinta durjana.


A