Wednesday, April 13, 2011
Monday, April 11, 2011
- cite sukasuki -
posted by scharieL at 3:05 AMceritera sukasuki
untuk tatapan
disini
dah tak de idea
nak berpuisi lagi
ini pun hentam saje la...rasa-rasanya macam jadi
alahai,
perasaan sendiri..
tanggal 11.hb genap 9 bulan
hubungan kami
pejam celik..pejam celik
tak sedar dah sampai ke tahap ni
banyak betul rintangan
yang dihadapi
alhamdullilah
semenya berjalan dengan indah
dan sentiasa bersemi,
kami berkongsi tarikh bahagia ini dengan
arien dan syed sekali
arien dan syed sekali
walaupun mereka disana
tapi mereka tetap dekat dihati
tawa suka duka
seme kami berempat tempuhi
adat la asam garam dalam hubungan ini,
dah takde ape kot nak cite kat sini
yang lain-lain tu biasalah cite basa basi
manja dan ngengader itulah kami
arien scha nama diberi
syed dan eL dah faham sangat
perangai kami macam ni
bila kami merajuk
awal-awal lagi mereka cabut lari,
sekian saja coretan ceritera ini
tersalah kata harap dimaafi
saya scha mengundur diri
tata seme
kalian kengkawan amat scha sayangi,
♥
♥
♥
║▌│█│║▌║││█║▌║▌
hepi monthsary
yang ke 9
eL ♥ scha ♥ arien ♥ syed
sayang kowang sesangat.
Sunday, April 10, 2011
- kecelaruan minda -
posted by scharieL at 5:30 AMuntuk sekian kalinya
kau
senang datang, senang pergi
senang jatuh hati
senang juga berubah hati
perghh ;
psychopathic personality
bila ditanya mengapa
alasan tak ingat itu ini
dia siapa
langsung kau tak amik peduli
dulu masa suka, berjanji itu ini bagai nak mati
bila dah tak nak kau buang sesuka hati ;
psychopathic personality
situ sana sini seme kau suka
yang mana satu yang betul dia pun
pening dibuatnya
ape kes kau ni
seme orang kau kata kau punya
sebenarnya kau ni manusia jenis apa ;
psychopathic personality
sibuk dengan hal duniawi
satu kabar pun tak reti nak bagi
bila dah kena tinggal
baru la terhegeh-hegeh nak cari
bila depan mata
buat-buat mcm tak reti
maki hamun memang dah jadi santapan hari-hari
sekarang ni
lu pikir la sendiri ;
psychopathic personality
Thursday, April 7, 2011
- cinta sesaat -
posted by scharieL at 3:01 AMpernahkah kau punya sebuah perasaan
cinta yang teramat singkat ;
kau hendak berpaling
padahal kau baru saja jatuh cinta sesaat
kau hendak mencium wangi lain
padahal janji baru saja kau pahat
kau ingkari semuanya
sementara dia terus menantimu
di malam-malam keparat
kau bilang cinta ini singkat
yang hilang tanpa jejak sesaat
yang sirna tanpa bekas terpahat
kau tidak tahu kalau
dia menghafalkan namamu setiap saat
ini cinta sesaat
bentuknya tak padat
dan tak terlalu sendat
walau hati dia dah cinta kau ketat-ketat
cinta ini mulai karat
oleh sang pencinta yang khianat
dia lihat kau senyum merekah dari pinggir bibir
disitulah terkuak rasa dusta terpamer...
pernahkah kau punya sebuah perasaan cinta yang teramat singkat ;
*
*
*
[??]
Tuesday, April 5, 2011
- sandaran hati -
posted by scharieL at 7:45 AMsayangku..
setelah hatiku kau miliki
tiada lain yang ku harap hanya dirimu
diri ini sering berharap kau bahagia disisi ku.
sayangku..
pandanglah alam ini dengan senyuman
mekarkan jiwamu dengan kelopak cintaku yang mekar
jambakkan bibirmu dengan senyuman hasil dari rinduku
moga kau bahagia selalu disampingku,
jauh aku melihat dasar hati ini
mencari siapa dirimu
namun disuatu hentian langkahku terhenti
dan ku mengerti kini
kaulah SANDARAN HATI ku ini
hari ini, esok dan selama-lamanya.
Sunday, April 3, 2011
- oreo+vanilla -
posted by scharieL at 3:21 AMmentari menghadirkan dirinya
mula menyinari alam semesta
dan aku disini
ingin menjadi mentari
yang menyinari,yang menerangi.
kalian yang ku sayang
biarpun aku dibakar api kehangatanku
asalkan dirimu bahagia
sentiasa tersenyum
aku lah mentari yang sentiasa menyinar
jika dirimu perlukan diriku
kan ku hangatkan dirimu dengan sinaranku
agar dirimu tidak kesakitan
kan ku lindungimu dari keperitan
untuk hari ini, esok dan selamanya.
biarlah aku menjadi mentari
walaupun ada titisan air mata yang ku tanggungi
kan ku pastikan semuanya kan bahagia disampingku
kan ku kekal menjadi pendampingmu, disampingmu
menemanimu sayang,
sehinggalah kehangatan mentariku tidak diperlukan dirimu.

Friday, April 1, 2011
- dia -
posted by scharieL at 4:01 AMdia..masih berjaga
walau malam merangkak pergi
menanti..mengharapkan sesuatu
agar dapat membantunya lena
di sudut itu..
dia berteleku..dalam gelap..dalam hiba
hatinya sayu..sebal mendesah rasa
dia malu..dia marah..dia buntu..dia kecewa
dia rasa dikhianati..dia hancur dengan perasaannya
dia..masih lagi di situ
di penjuru sana..bertemankan debu dan sunyi
jiwanya berharap..hatinya berdoa pintanya sekali lagi
dia mahu ulang semula semuanya..dia mati dengan permintaanya
kesal..dia sendiri lagi
aku ..lihat dia..kusut ..tak terurus
hatiku menangis melihat dia begitu..menyeksa diri..kenapa??
aku menjerit kuat..memanggil dia
tapi..dia tak pernah menghiraukan aku
apakah aku ini halimunan pada dia..masakan aku tidak dilihatnya
buta kah dia..pekak kah dia..atau..dia sebenarnya tidak nyata
hanya wujud dalam bayang..hanya hadir dlm fikirku saja
berfantasikah aku..gilakah aku..atau
adakah dia itu aku..atau..aku ini sebenarnya dia..???
sama tapi tak serupa..aku..sesat lagi rupanya
kali ini.sekali lagi aku melihat dia..masih di sana..di sudut itu
di tempat sunyi..masih lagi menanti..memang dia terlalu setia
memang dia cukup terluka..tapi..bisiknya padaku..dia bahagia..terlalu bahagia
walau pada mataku dia kecewa..batinku membenarkan perasaanya
dia di situ kerana sesuatu..dia tak akan lena sebelum menemuinya
bisiknya lagi..dia selalu teruja untuk menanti lagi
kerana dia menantikan bidadarinya yang pergi membawa hati kerana dia
kerana dia yang terlalu mementingkan diri
dan kini dia bahagia menghukum dirinya
menanti hanya untuk bidadarinya
aku kagum dengan dia..
ps: i know i dont deserve you..but i cant live without you <3
Subscribe to:
Posts (Atom)










